Penerimaan Misha Omar (album 2008)

Biarpun album ini terbit selepas 3 singlenya merajai carta, jualan album ini sebenarnya mengejutkan pemerhati. Teknik delay-released ini sebenarnya cocok untuk artis yang albumnya boleh dijadikan sebagai collector's item (simpanan pengumpul). Misha bertuah kerana album ini terjual lebih 50,000 unit dalam tempoh 2 tahun selepas dipasarkan sekaligus meletakkan Misha sebagai salah seorang artis wanita terlaris pada dekad 2000an.

Kemuncak kejayaan album ini adalah ketika acara Anugerah Industri Muzik ke 16 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)apabila Misha membawa pulang empat kategori termasuk kategori utama Lagu Terbaik (Nafas Cahaya), Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa) dan Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya).